Lagi kisah desperado UMNO, janji rakyat untung... hehe

|

Pembinaan jambatan di Kampung Manik Urai - antara projek pembangunan yang dijanjikan oleh BN dalam pilihan raya kecil DUN tersebut sebelum ini - mengalami kelambatan ekoran kosnya meningkat lebih dua kali ganda.

Menurut pengurus besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail kos projek tersebut meningkatkan dari RM8 juta kepada RM17 juta.

Kenaikan kos tersebut, katanya, telah menyebabkan berlaku masalah teknikal, seperti reka bentuk dan pengambilan balik tanah.

Bagaimanapun, katanya, projek pembangunan lain yang dijanjikan BN telah dilaksanakan, termasuk Masjid Temalir bernilai RM600,000, membaik pulih rumah (RM1.5 juta) dan membina gelanggang sukan di Kampung Manjor (RM300,000).

Mohd Arshad berkata, semua projek membaik pulih rumah penduduk miskin yang melibatkan kos RM1.5 juta sudah siap dilaksanakan empat bulan selepas pilihan raya kecil itu.

“Cuma projek jambatan mengalami kelambatan kerana melibatkan kenaikan kos dari RM8 juta kepada RM17 juta yang menyebabkan berlaku masalah teknikal, seperti reka bentuk dan pengambilan balik tanah," katanya.

Mohd Arshad berkata, Kesedar menjadi agensi pemantauan bersama-sama dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK).

“Sebagai agensi pelaksana, saya dapat mengesahkan semua projek pembangunan yang dijanjikan oleh kerajaan pusat pada pilihan raya kecil itu telah dilaksanakan, meskipun berlaku sedikit kelambatan kerana masalah teknikal,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Gua Musang hari ini.

Beliau mengulas mengenai rungutan sesetengah pihak kononnya semua projek yang dijanjikan semasa kempen pilihan raya kecil DUN itu tahun lalu tidak dilaksanakan.

“Oleh itu, tidak timbul isu kerajaan Pusat gagal menunaikan janjinya dalam melaksanakan projek pembangunan semasa pilihan raya DUN Manik Urai, seperti yang digembar-gemnburkan pihak tertentu,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan penamaan calon bagi pilihan raya itu akan diadakan pada 26 Oktober, dan jika ada pertandingan pilihan raya ditetapkan pada 4 November.

Kerusi kawasan Galas kosong berikutan kematian wakil rakyat dari Pas, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus, bulan lepas.

- Bernama

2 comments:

UNTUK KITA RENUNGKAN said...

pandainyeeer en arshad lebong...
hehehehe
time nilah wat statement, kalau takder PRK, entah bila nak siap.

Kau GALAS la dosa melebong setabung tu.
1 Malaysia kena kelentong

karate said...

ambil gaji dari duit rakyat tapi tipu rakyat. boleh jawab ke depan Allah.

tq kerana melawat blog ini