Ingatan dari Mek untuk pemimpin2 Pakatan Rakyat

|

~ KOMEN: Artikel ni aku ambil dari blog seorang pondan yg pada aku mewakili setiap golongan masyarakat yg ada di Malaysia. Walaupun kita kadang2 memandang serong golongan pondan ni tapi mereka juga prihatin kepada situasi pemerintahan negara/negeri. Yang pasti mereka lebih mulia dari Puteri UMNO dan Wanita UMNO. Mereka berbangga bila Pakatan Rakyat menang di Selangor, tapi apakah nasib mereka terbela? Insaflah wahai pemimpin2 Pakatan Rakyat semua...

Kerajaan Negeri Baru?


Heheheheh...actually mek rasa macam bangga la plak bila negeri mek bertukar kerajaan secara tiba2. Dah lama sangat parti dulu tu memerintah....agaknyer orang negeri mek pun dah bosan dengan janji2 manis manifesto dorang dulu....hehehehehe...tak kuasa you...kita sebagai rakyat mempunyai kuasa veto untuk memilih yang mana baik...patutnya parti dulu kena tahu bukan kita yang patut takut sapa memerintah...sebaliknya mereka yang patut takut sapa yang kita akan memilih...sebab kita ada kuasa untuk menentukan kerajaan....cewah...macam bagus jer kan...

Berbalik kepada kerajaan baru ni mek haraplah dorang dapat jalankan tugas dengan sebaik mungkin...tunjukkan kepada parti dulu tu yang mereka mampu melakukannya tanpa sokongan yang penuh dari kerajaan pusat. Mek yakin menteri besar yang baru ini mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat negeri mek. So mek harap kepada kawan2 sepondan mek tu jangan la nak kata pembangunan lembab ke...ekonomi slow ke...coz dorang baru jer beberapa hari pegang jawatan baru ni..bagilah mereka peluang bagi membuktikan mereka mampu melakukannya.

Parlimen tempat mek tinggal ni dimenangi anak parti pembangkang yang bagi mek begitu besar namanya...ADUN lak seorang wanita besi yang bagi mek dia mampu melakukan tugasnya dengan baik...yelah kawasan mek ni kawasan baru nak naik...pembangunannya belum sepenuhnya...tapi pelik tol kat kawasan mek ni banyak betul...kesian mek tgk bagi orang yang gaji ciput...terpaksalah guna jalan alternatif yang mek rasa macam jalan neraka...tak berturap dengan sebaik mungkin...mentang2lah free!

Akhir kata kepada kerajaan baru ni, berilah sebaik mungkin peluang ekonomi kepada rakyat, carilah pelabur yang baik dan memperbaikilah sistem pengangkutan negeri. Tunjukkan kepada rakyat yang anda adalah terbaik. Jangan membazir wang rakyat, rasailah keperitan rakyat dengan kesesakan jalan....jgn la guna escort polis semata2 nak cepat sampai kesesuatu tempat. Jadilah seperi MB Kelantan yang sentiasa humble. INGAT!!! Rakyat akan menolak kamu di PRU akan datang jika pentadbiran kamu sama seperti kerajaan dulu...kami sebagai rakyat akan sentiasa memerhati kamu....so kepada kerajaan campuran ni mek harap sangat dorang sehati dan bersatu dalam semua hal, lupakan pasal berbeza ideologi ke, perjuangan ke sebab kamu adalah kerajaan campuran. Dan mek percaya jika mereka bersatu, mereka pasti dapat mempertahankan kerajaan ini untuk PRU akan datang.

0 comments: