Baiki perkhidmatan KTMB dulu baru buat bangunan 100 tingkat

|

dari blog Reformis Jalanan

Salah satu perkara yang menyakitkan hati apabila saya berada di sini adalah menaiki komuter (KTMB). Nak tunggu komuter dah satu hal (kadang-kadang dekat setengah jam, lebih haru, 40 minit baru sampai!), lepas tu bila naik - punyalah sesak. Macam-macam orang dan perangai ada. Ada juga perempuan jenis tak reti bahasa, KTMB dah sedia dah gerabak khas untuk perempuan di tengah-tengah (siap dengan sticker pink lagi), tapi boleh dengan selambanya mereka join sekali dengan lelaki-lelaki di gerabak depan dan belakang.

Mulut saya memang susah nak kawal bila berhadapan dengan komuter ini. Perkataan 'babi' itu memang sudah biasa - sama ada diungkapkan dalam hati ataupun dengan nada yang seakan-akan kentut di dalam kain. Jarang sangat dapat tempat duduk di dalam komuter. Biasanya memang kena berdiri. Iyalah, komuter lambat sampai, orang yang menunggu bertambah ramai, ditambah lagi dengan orang yang sudah sedia ada di dalam tu. Saya ini jenis mudah kena sakit kepala, lebih-lebih lagi berdiri di dalam kenderaan yang bergerak. Nak buat macam mana, tahan sajalah. Nasib baik dalam telefon ada MP3, boleh dengar lagu dengan handsfree. Tapi itu beberapa bulan lepas. Sekarang, tak tahu apa puncanya, MP3 telefon ada masalah, dan tak boleh pakai lagi dah.

Selalu terfikir, kenapalah servis atau perkhidmatan KTM ini tak macam LRT dan Monorail? Lambat, lembab, sesak, dan macam-macam lagilah. Mungkinkah kerana terdapat perkataan 'Melayu' pada KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad)? Agak-agaknya, kalau dibuang atau diubah perkataan Melayu pada KTM ni, servisnya boleh jadi elok kut? Apa-apapun, itulah yang saya cuba katakan, sudah bertahun-tahun saya mengalami masalah dengan KTM ini. Servis dia macam tu juga.

Apakah kerajaan memang tak ada hati perut? Boleh berhabis duit berbillion-billion untuk satu-satu projek yang tak datangkan faedah kepada rakyat, tapi perkara asas ini - perkhidmatan awam, komuter - yang menjadi kenderaan utama rakyat di sini tak diambil peduli? Dah berapa kali aduan dibuat dan masuk ke dalam berita, tapi mana kesannya?? Sebab itulah, daripada membazir membina Menara Warisan 100 tingkat itu, lebih baik duit tersebut digunakan untuk memperbaiki servis pengangkutan awam. Bukan ke kerajaan tak ada duit? Sampai sanggup tarik biasiswa, kejar orang yang tak nak bayar pinjaman PTPTN sampai ke lubang cacing? Projek membazir ini ada pulak duit?

Siapa yang dapat untung? Apakah rakyat-rakyat bawahan dapat merasa nikmatnya jika menara tersebut siap? Maka bagi mana-mana rakyat yang mempunyai akal, mereka akan menolak projek gila ini. Stress! Benda sia-sia ini tahu sangat buat, tapi mengabaikan perkara lain yang melibatkan kepentingan rakyat. Bodoh punya PM!


Di Facebook, jumlah manusia yang menentang pembinaan menara ini ialah 158,722 orang (setakat ini).

Namun ada juga orang yang bahalol cipta page untuk menyokong pembinaan menara tersebut. Setakat ini hanya 1615 saja (kah kah kah). Lagipun, bukan semua yang join page ini menyokong, ada juga yang join semata-mata untuk menentang.

Kesimpulan, lebih baik kerajaan perbaiki dulu tahap perkhidmatan KTM sebelum nak laksanakan mana-mana projek mega yang sah tidak mendatangkan faedah kepada rakyat!

2 comments:

Menyegar said...

Salam.Aku setuju dengan pendapat tu.Taklah bermakna bangunan tu tak penting.namun pembaik pulihan kenderaan awam terutama KTM memang perlu diutamakan.Ini yang lebih penting kepada rakyat dari bangunan 100 tingkat tu

karate said...

betul tu, apa kerja yg nak dibuat mestilah mengikut KEPERLUAN/PRIORITI