Sekitar gambar pengkebumian Almarhum Pak Teh Abdul Latif

|

Al-Faatihah. Tok guru Pak Teh (Dato' Abdul Latiff Abd Rahman) dari Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu, Gerik kembali kerahmatullah mlm/subuh tadi jam 1.30pagi)

Allahyarham Pak Teh pernah pohon tanah 45 ekar dibelakang pondoknya pd 2004 namun ditolak kerajaan UMNO/BN. Beberapa rayuan dibuat oleh Pak Teh juga ditolak oleh kerajaan Tajol Rosli yg juga secara kebetumlan menjadi ADUN di Pengkalan Hulu.

Permohonan Pak Teh diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam masa seminggu setelah fail dikmaskini pd julai 2008. Tanah 45 ekar itu bolih memberi hasil untuk pondok PT apabila diusahakan dan dibangunkan dgn tanaman pertanian.

Semasa PR luluskan tanah itu, Pak Teh menitis air mata air mata mengenangkan bagaimana umno/bn tak mahu membantu sekolah pondok PakTeh. Namun PAS-DAP-PKR pula yg memberi kelulusan.

Allahyarham PakTeh mengeluarkan satu sijil khas kepada kerajaan PR menyanjong tinggi & menghargai Pakatan Rakyat dalam meluluskan tanah seluas 45 ekar bagi pondok PakTeh. Kini tanah tersebut di gazet dunia akhirat untuk kegunaan pondok sebagai tempat menyebar luas ilmu agama. Beruntunglah mereka yg mengundi Pakatan Rakyat .

Smoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya Pak Teh yg juga ahli majlis fatwa negeri yg banyak berjasa menyebar-luas ilmu agama. al-Faatihah

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

1 comments:

Orow said...

Sesungguhnya kehilangan beliau amatlah dirasai..Al-fatihah..Moga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang terulung...dan terpuji disisiNya...Amin