Polis malaysia bernasib baik tapi terlambat, tahniah PDRM?

|

petikan dari Berita Harian

Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia.

“Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan suami menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting,” katanya.

Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan laporan Usharani, tetapi enggan mengulas lanjut.

Datuk Sosilawati Lawiya dibunuh pada malam 30 Ogos 2010. So, aku tak faham kenapa ramai yg beria-ia ucap tahniah kepada Polis Malaysia (pada aku Polis Malaysia hari ni tak layak dipanggil PDRM). Aku rasa individu yang paling layak menerima ucapan tahniah ialah Usharani bukannya Polis Malaysia.

USHARANI bersama Muthuraja dan anak mereka yang berusia tiga tahun.
USHARANI bersama Muthuraja dan anak mereka yang berusia tiga tahun

0 comments: