Bodohnya TV3, iklan raya org islam tapi penerbitnya Douglas Khoo

|

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena Hari Raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer atau computer generated imaging (CGI).

Bagaimanapun, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan memberitahu, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam Sabtu lalu selepas lima kali disiarkan.

TV3 juga memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan itu.

1 comments:

otaklunyai said...

bodoh tu satu hal... dah sesat nak menyesatkan orang lain pulak.. ini semua ikut telunjuk dan jadi lembu ubn laknatullah. kalau tak ikut ada yg kena pecat pulak... Akidah dan Iman campak ketepi nila berhadapan dengan perintah ubn laknatullah.

mari kita boikot kumpulan2 yang sesat lagi menyesatkan ni. mereka buat rancangan agama hanyalah sebagai bisnes semata-mata bukan kerana Iman di hati. Yang para ustaz ni pun satu hal... sanggup bersama kumpulan yg sesat lagi menyesatkan ni sebab nak duit.. ustaz2 ni tak terfikir ke mereka ini hanya menggunakan platform agama untuk membenarkan rancangan maksiat yang lebih banyak dan lebih hebat yang mereka siarkan.. bila ada ustaz2 yang jadi balachi mereka ummah akan jadi keliru, walhal mereka ini amat sesat lagi menyesatkan.