Berita tahun lepas kata 978.015kg, polis sapu 225.015kg?

|

ARKIB : 16/05/2009
Wartawan dilarang bawa pen dalam mahkamah

ROMPIN 15 Mei - "Dilarang membawa masuk pen ke dalam mahkamah."

Demikian arahan yang dikeluarkan petugas Mahkamah Majistret di sini kepada sekumpulan wartawan yang membuat liputan kes seorang pemandu lori didakwa mengedar dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM254 juta, hari ini.

Kumpulan lapan wartawan media cetak dan elektronik itu hanya dibenarkan membawa buku nota masing-masing dan meninggalkan beg mereka di dalam sebuah kotak yang disediakan.

Setiap wartawan juga perlu menjalani pemeriksaan badan bagi memastikan tidak membawa sebarang peralatan seperti telefon bimbit dan alat perakam suara.

Selepas pemeriksaan badan, setiap wartawan dibekalkan sebatang pen yang telah disediakan oleh pihak mahkamah.

Alasan yang diberikan oleh petugas mahkamah di atas arahan tersebut ialah bimbang sekiranya terdapat pen yang mempunyai alat perakam suara.

''Kes ini besar, sekiranya sebarang percakapan dalam mahkamah direkodkan, ia akan mengganggu perjalanan kes ini,'' ujar salah seorang petugas mahkamah yang enggan dikenali.

Sementara itu, suspek tiba kira-kira pukul 2.45 petang dengan dikawal rapi oleh anggota polis yang lengkap bersenjatakan mesingan. Mata tertuduh turut ditutup menggunakan alat penutup mata dan hanya ditanggalkan sejurus sebelum memasuki bangunan mahkamah.

Turut mengiringi suspek ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supritendan Yap Toon Khuan dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri dan serta Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin.

Suspek berada di bangunan mahkamah selama kira-kira sejam sementara menunggu kesnya disebut. Tiada sebarang insiden tidak diingini sepanjang kes tersebut berjalan.

Dalam kes tersebut, Lee Yong Toe, 48, didakwa mengedar dadah jenis syabu yang berat kasarnya berjumlah 978.015 kilogram di Kilometer 3, Jalan Chenderawasih, di sini, kira-kira pukul 6.45 pagi, 2 Mei lalu.

Kes itu akan disebut semula pada 15 Julai ini. - Utusan

0 comments: