Along halal, Bank Penjahanam Rakyat sedut duit

|


KAMARUZAMAN (tiga dari kiri) dan Mohd. Shaifuddin (dua dari kiri) memotong pulut kuning di Selayang semalam.

KUALA LUMPUR - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) menyasarkan peningkatan pengagihan pinjaman peribadinya mencecah sehingga RM22 bilion menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, sasaran tersebut dibuat berdasarkan prestasi yang dicapai sehingga akhir bulan Jun lalu apabila jumlah pinjaman peribadi yang diagihkan telah mencecah RM14 bilion.

"Sehingga akhir Jun lalu, jumlah pinjaman yang diagihkan adalah sebanyak RM16 bilion, di mana RM14 bilion adalah daripada segmen pinjaman peribadi.

"Pada peringkat awal kami menyasarkan RM14 bilion dan melihatkan keadaan ini, kami melihat jumlah itu akan meningkat kepada RM20 bilion sehingga RM22 bilion menjelang akhir tahun ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian cawangan baru Bank Rakyat di Selayang dan majlis penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM34,500 bank tersebut di sini semalam.

0 comments: