Penipu Zambry Mamak sudah kena tipu, UMNO hampeh!

|

UMNO CEMARI RAMADHAN DENGAN MENIPU
Berita yang keluar di tv dan surat khabar mengatakan 756 ahli PAS menyertai UMNO adalah bohong semata-mata. Makrof yang didakwa Timbalan Pengerusi PAS Cawangan Bagan Baru Larut juga adalah bohong dan palsu.

Makrof baru sahaja diluluskan menjadi ahli PAS, sijilnya masih dalam simpanan PAS Kawasan Larut, ia tidak diserahkan kepadanya kerana dua bulan yang lalu diberitakan telah menyertai UMNO. Bagan Baru belum pun ditubuhkan PAS, baru ada Jawatankuasa Penaja PAS.

Bagan Baru adalah kubu kuat UMNO, ahli PAS tidak ada di situ, baru-baru ini PAS Larut dengan kerjasama PAS Negeri telah mengadakan program PAS For All di DUN Kubu Gajah. Kekuatan UMNO di Bagan Baru telah berjaya ditembusi dalam program tersebut. Dakwaan kononnya Makrof menjadi Timbalan Pengerusi PAS adalah pembohong, jawatan dalam PAS bukan Pengerusi tetapi Ketua. Nama jawatan pun tak betul. Nampak sangat pembohongnya. Mana mungkin Makrof pegang jawatan puluhan tahun sedangkan cawangan PAS pun tidak ada di situ, ahli pun baru lulus tetapi tak sempat terima sijil dah masuk UMNO.

Selepas YB Hj Nizar turun ke DUN Kubu Gajah 18 Julai yang lalu Jawatankuasa Penaja berjaya ditubuhkan dan 26 pemuda UMNO telah menyertai PAS. PAS pula berjaya menganjurkan pertandingan bola di Bagan Baru dan disertai ramai belia dan pemuda UMNO. Saya sebagai SU Perhubungan turut hadir dalam program tersebut.

Kesihan Zamry, datang jauh-jauh dari Ipoh semata-mata mahu ditipu di bulan Ramadhan yang mulia ini oleh Raja Zainuddin dan UMNO Larut. Kalau nak buat cerita tipu pun, tunggulah habis Ramadhan.

Ramadhan 2009 dulu, Zambry berbuka di pondok Pak Teh di Pengakalan Hulu, yang dulu dia yang menipu Pak Teh, dia kata tanah yang Hj Nizar lulus dulu sebenarnya dah lulus sejak Tajol Rosli jadi MB lagi, Hj Nizar hanya bagi geran sahaja. Dulu dia yang menipu, sekarang dia yang kena tipu oleh Raja Ahmad pula. Memang UMNO kaki menipu. - Blog Ust Misbah -

0 comments: