Akhirnya keluar jugak gambar mangkuk2 hayun kaki penipu

|

756 ahli PAS masuk Umno, bohong!

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/11feb/tjmja.jpg

Kelakar jugak tengok atuk badan melengkung tu... namanya Mat Arop. Kepada awek2 yg berdahi licin dan mak2 janda, silalah berhati2 dgn si tua cabuk ni. Rasanya Mat Daud (ADUN Selama) kat belakang Raja Ahmad Zainudin (ADUN Kubu Gajah). Selagi 2 ekor lembu ni jadi tukun kat Parlimen Larut jangan haraplah Selama nak maju. Janji nak buat jalan lurus 40km dari Taiping, last2 tinggal 20km. Kepada warga Kubu Gajah dan Selama yg nak balik kampung, bergembiralah layan lap jalan maut sebelum sampai ke Pondok Tanjung!

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.

Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.

Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.

Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.

"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.

0 comments: