PECAH RAHSIA Mengajar SPRM/BPR cara nak kejar Perasuah

|

Tak tahulah sama ada SPRM/BPR ni buat2 bodoh atau memang bodoh. Sebenarnya terlalu mudah untuk mencekup Perasuah. Antara yang penulis nak kongsikan di sini ialah benda yg paling selalu dikaitkan dgn rasuah iaitu TENDER SUPPLY BARANG.

Kalaulah betul-betul SPRM/BPR buat kerja, sudah tentu amat mudah utk pihak berkuasa ni tangkap perasuah. Caranya ialah dengan menyemak setiap senarai Tender yg telah dikeluarkan. Contoh mudah yang boleh penulis berikan ialah dengan mengambil satu Tender dari mana-mana jabatan di Hospital Alor Setar.

Mengikut prosedur apabila satu-satu tender itu keluar maka beberapa syarikat akan memohon dan katalah ada 10 syarikat. Pegawai dari jabatan tersebut dan wakil pihak pengurusan Hospital Alor Setar akan disuruh membuat penilaian dan memilih 3 syarikat yg terbaik. Sesudah itu hasil penilaian tersebut akan dihantar ke Kementerian Kesihatan (KKM) di PUTRAJAYA!

Hasil yg cukup memberangsangkan ialah tidak ada satu pun dari 3 syarikat yg dipilih itu akan mendapat Tender tersebut. Yang dapat akhirnya ialah sebuah kompeni malaun UMNO yg tak payah susah-susah mohon tender dan hanya beri rasuah sahaja kepada pegawai-pegawai di KKM. So, kepada staff2 SPRM/BPR anda semua hendaklah berhenti makan gaji haram dan silalah pergi buat kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh ye...

0 comments: