Patut la Kuantan kena ribut

|

Timur: Kedai Cina tumpuan kaki ponteng puasa

SEORANG lelaki Islam membeli nasi pada waktu tengah hari di sebuah kedai makan Cina di Semambu, Kuantan.

Lelaki Islam tidak segan silu beli juadah tengah hari tanpa mengira status halal

KUANTAN: Jam baru menunjukkan 1.30 petang, namun nasi campur dengan pelbagai lauk pauk di sebuah kedai makan di Semambu, di sini yang dimiliki peniaga Cina sudah habis gara-gara sambutan hangat segelintir lelaki Melayu beragama Islam di daerah ini.

Setiap kali Ramadan, kedai makan terbabit sememangnya antara destinasi ‘popular’ bagi mereka yang tidak berpuasa untuk membeli makanan tengah hari.

Apa yang meragukan ialah status halal makanan di kedai milik seorang yang bukan beragama Islam yang dipercayai dimasak oleh wanita warga Indonesia yang juga pekerja di kedai makan terbabit.

Namun halal atau tidak, bersih atau kotor sumber makanan berkenaan pastinya tidak diambil pusing sebaliknya yang lebih diutamakan mereka yang tidak berpuasa ialah perut yang berkeroncong terisi dengan makanan.

Berita Harian yang meninjau kedai makan terbabit kelmarin mendapati menjelang jam 12 tengah hari, beberapa pelanggan beragama Islam sudah mula meninjau kedai makan berkenaan dan melihat keadaan sekeliling sebelum memasuki premis.

Kira-kira setengah jam kemudian, lebih 15 pelanggan Melayu sudah keluar masuk ke premis terbabit bersama bungkusan air dan makanan di tangan mereka.

Rata-rata pelanggan kedai terbabit adalah pekerja kilang dan pemandu kenderaan berat, malah lensa kamera juga sempat merakam gelagat beberapa remaja belasan tahun yang bermotosikal berhenti di premis terbabit untuk membeli makanan.

Menjelang 1.30 petang, kelihatan pekerja di premis itu sibuk membersihkan bekas berisi lauk dan apabila pelanggan berhenti di tepi kedai, pekerja terbabit menunjukkan isyarat dengan tangannya makanan di situ sudah habis.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Faridah Jalaludin, 36, berkata, tumpuan umat Islam yang berpusu-pusu berkunjung ke gerai itu pada bulan puasa adalah fenomena biasa yang disaksikannya setiap tahun.

Katanya, sejak dua tahun kebelakangan ini, pelanggan gerai itu dilihat seperti sudah tidak malu dan tidak kisah apabila dilihat orang membeli makanan.

"Dulu ada juga yang menyembunyikan muka dengan memakai topi keledar atau bercermin mata hitam bila membeli makanan tetapi kini ramai yang selamba saja," katanya.

Sumber Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berkata, premis terbabit sememangnya dipantau dan antara lokasi serbuan bagi menahan umat Islam yang tidak berpuasa setiap tahun.

"Kita tidak boleh mengambil tindakan terhadap pemilik premis kerana mereka mempunyai lesen perniagaan dan hanya boleh memberi amaran. Tindakan hanya kepada pelanggan Islam yang membeli makanan di situ," katanya.

1 comments:

opisboi said...

BAGUS LAH TU DEPA DAPAT 2X UNTUNG SATU UNTUNG TAK PUASA SATU LAGI UNTUNG MAKAN BENDA TAK HALAL..UNTUNG KETIGA TAK DAPAT MASUK SURGA.