Kalau Kelantan mundur kenapa Habib Jewels buka hotel di KB

|

KOTA BHARU – Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib Jewels) yang terkenal sebagai pengeluar, pemborong dan peruncit barang-barang kemas di negara ini mengembangkan sayap perniagaannya dengan menceburi sektor perhotelan.

Hotel pertama syarikat yang terletak di Jalan Maju di sini yang memiliki 32 bilik telah mula beroperasi di bandar ini .

Berkonsepkan butik, Habib Hotel menawarkan perkhidmatan dan kualiti bilik bertaraf lima bintang untuk kepuasan pelanggan tetapi pada harga satu bintang.

Pengurus Besarnya, Abdul Razak Abdul Kadir (gambar) berkata, syarikat optimis terhadap usaha syarikat dalam bidang perhotelan kerana kedudukan premis berkenaan yang strategik di tengah pusat bandar ini.

“Bangunan ini telah dibeli daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sejak tiga tahun lalu kerana kami yakin ia berpotensi.

“Kami telah membelanjakan sebanyak RM8 juta untuk membeli dan menaiktaraf bangunan tersebut untuk dijadikan hotel dan juga untuk cawangan baru Habib Jewels,” katanya ketika ditemui di hotel berkenaan di sini baru-baru ini.

0 comments: