Bekas MB Johor itu ialah TPM Muhyiddin Yassin

|

Hazlan Zakaria | Ogos 11, 10 6:01pm
Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.

"Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-Raja Melayu sehingga imuniti Raja-Raja Melayu dihapuskan.

"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," katanya kepada Suara Keadilan.com.

Salhan K Ahmad & Christine Chan | Ogos 10, 10 4:15pm
Timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihak istana tidak sepatutnya dieksploitasikan tetapi sebaliknya diberikan penghormatan sewajarnya.Beliau merujuk penggunaan potret Sultan Johor, Sultan Ibrahim dalam sepanduk di sebuah ceramah politik di Batu Pahat, baru-baru ini.

0 comments: