UMNO curi royalti minyak, Allah ganti dengan royalti emas

|

Dari Siasahdaily

RM400 ribu jokong emas pertama Kelantan

Tuan Guru memegang jokong emas pertama yang dihasilkan

TANAH MERAH, 23.Julai, Biarpun Kelantan ditekan dari mendapat sumber dari kerajaan pusat dalam pelbagai bentuk dan terbaru tuntutan royalti minyak yang dinafikan haknya tidak mematahkan semangat kerajaan negeri dalam usaha mencari sumber pendapatan lain seperti hasil balak dan terbaru hasil dari sumber galian emas.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Kelantan dianugerahkan dengan pelbagai sumber termasuklah perlombongan emas yang diusahakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan dan Syarikat dari China CNMC Goldmine Limited.

Turut hadir dimajlis perasmian jokong emas pertama tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan,Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah, Adun Gual Ipoh Wan Yusuf Wan Mustapha dan Pengerusi Eksekutif PKINK Sabri Abdullah.

Proses pembentukan jokong emas

Nik Abdul Aziz juga berkata biarpun Kelantan dinafikan hak untk mendapatkan hak sebanyak 5 peratus dari hasil royalti minyak yang dkeluarkan dari perairan milik negeri ini, namun ia tidak mematahkan usaha untuk menuntut hak tersebut termasuklah melalui tindakan Mahkamah.

” Kini Alhamdulillah, Kelantan telah dianugerahkan sumber galian dari perut bumi dan dengan sedikit hasil ini ia boleh digunakan untuk menafaat rakyat negeri, semoga Allah meningkatkan lagi hasil kerajaan negeri Kelantan”ujar beliau.

Buat Kali pertama jokong emas di Kelantan dapat dihasilkan dengan berat 2.975 kg yang dianggarkan bernilai RM400 ribu dihasilkan di dalam tanah seluas 975 hektar bermula enam tahun lalu.

Sementara itu Pengerusi Eksekutif CNMC Goldmine Limited Lin Xian Xiong berkata jokong emas tersebut diproses terus di kilang yang dibina di kawasan tersebut.

Jokong emas dengan anggaran RM400 ribu

Pihaknya telah memulakan usaha hampir enam tahun dan Kelantan telah dapat mengeluarkan emas sejak berpuluh tahun lalu tetapi ini kali pertama ia diproses dalam bentuk jokong dan memudahkan pemasarannya.

“Kawasan ini telah dipajak dari kerajaan Kelantan dan kita perlu membayar sejumlah 5 peratus royalti kepada kerajaan negeri dan 3 peratus kepada PKINK”ujar beliau.

Syarikat pengeluar emas ini juga mengganggarkan hasil tahunan dapat dicapai 300 hingga 500 kilogram dalam masa setahun.

Bagi Pengerusi Eksekutif PKINK, Sabri Abdullah ketika ditemui berkata PKNIK telah dilantik oleh kerajaan negeri untuk menguruskan kawasan tersebut dan PKINK hanya terlibat dalam memantau penggunaan kawasan yang diperuntukkan tersebut dan dari segi sumber kewangan ia tidak terlibat” kata beliau.

” Dalam memastikan syarikat ini mengikut kehendak kerajaanm, PKINK telah menempatkan beberapa pegawai agar dapar memantau operasi perlombongan disampin ia juga dikawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar agar hutan di sekeliling kawasan perlombongan tidak dicerobohi dan dicemari”kata beliau.

2 comments:

mat said...

kawasan ini awalnya diluluskan exco kepada company melayu tetepi di tarik balik dan diberi kepada company china, Tanpa pengetahuan MB.

awat, exco ingat melayu bangap sangat nak melombong emas????

Ham said...

"Syarikat company china pengeluar emas ini juga mengganggarkan hasil tahunan dapat dicapai 300 hingga 500 kilogram dalam masa setahun"

Kalau Company Melayu yg Dapat.
"Syarikat company MELAYU mengganggarkan hasil tahunan dapat dicapai 30 hingga 50 kilogram dalam masa setahun"
yg lain masuk poket sendiri...hahahah...
pasal tu lah tak dapat...hahahahah
bukan pasal bangap sangat nak melombong emas.