Kisah Ketua Wanita Umno kena tipu sebab gila judi

|

Guna air mata perdaya wanita RM10,000

TAMPIN: Linangan air mata seorang lelaki warga Indonesia berjaya mencairkan hati Ketua Pergerakan Wanita Umno sebuah cawangan di daerah ini sehingga menyebabkan mangsa terpedaya dan kerugian hampir RM10,000, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an itu dikatakan ‘mempertaruhkan’ air mata dengan memberitahu memerlukan wang segera untuk pulang ke kampung halamannya bagi mengunjungi ibunya yang tenat.

Lelaki itu menawarkan tiket hadiah nombor loteri yang dimenangi bernilai RM96,000 dan memberi alasan tidak dapat menuntutnya memandangkan bukan warganegara dan meminta mangsa menyerahkan RM10,000 sebagai pertukaran untuk mendapatkan tiket berkenaan – Metro

0 comments: