Final WC, jgn ke Dataran Merdeka sbb Izrail mungkin ada di sana

|

Tinjauan Bernama sebelum tayangan perlawanan tempat ketiga antara Uruguay dan Jerman pula mendapati ramai pengunjung ke Dataran Merdeka bagi menyaksikan perlawanan itu.

Antaranya Mohamad Izrail, 23, dari Petaling Jaya yang tiba seawal jam 8 malam.

"Saya datang sini sebab ada kawan beritahu boleh tengok perlawanan bola sepak melalui skrin besar kat sini, dari tengok kat rumah di televisyen (yang) kecil sahaja, baik datang kat sini.

"Lagipun, kat sini ramai kawan-kawan saya tengok bola sekali, puas hati sikit dapat sorak ramai-ramai," katanya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail dijangka melakukan cabutan bertuah pada 3.15 pagi esok yang menawarkan hadiah utama sebuah kereta Naza Kia Picanto.

Orang ramai boleh mengisi borang pendaftaran khas untuk cabutan bertuah tersebut di khemah pameran Naza Kia di Dataran Merdeka sebelum tempohnya ditutup hari ini.

- Bernama

0 comments: