Harussani patut ambil iktibar dari penderitaan M Rajoli

|

Dari blog Laila GMI
Di muka depan Berita Minggu hari ni, 18 Jul 2010, Mufti Perak ni dikatakan ingin menyatukan PAS dan UMNO, demi perpaduan orang Melayu.

Siapa Mufti Perak ni?

Saya pun tak kenal beliau...tetapi tahanan ISA biasa baca profail peribadi dia ni. Ramai tahanan ISA mendakwa, dia ni salah seorang Special Branch (SB) yang di khaskan dalam bidang ugama untuk "memulihkan" mereka yang ditahan tanpa bicara di Kem Kamuanting.

Salah satu fatwa beliau ialah, "Tahanan ISA tidak wajib @ tak dibenarkan menunaikan solat Jumaat....". Semua tahanan ISA berugama Islam, memang tak pernah Solat Jumaat walaupun kedudukan masjid dari blok-blok mereka hanya beberapa meter saja jaraknya.... Buktinya, Tahanan ISA Mat Sah Md Satray berkata, beliau tidak pernah sekalipun dibenarkan menunaikan solat Jumaat sepanjang lebih 7 tahun dikurung di Kem Kamunting.

Apa sikap Mufti ketika Sultan Perak bertindak menyokong kerajaan baru yang diterajui YB Zambry Kadir? Anda fikir lah sendiri.

Mustahil PAS akan begitu mudah dipermainkan oleh orang yang didakwa sebagai "SB" nih?

M. Rajoli Tenat
Blog Kisah Cinta Nasi Lemak

Kawan-kawan tadah tangan. Mari kita berdoa kepada Yang Maha Mengasihi semoga diampunkan dosa-dosa kepada pelakon M. Rajoli dan semoga dipanjangkan umur serta dipulihkan kesihatan. M. Rajoli yang sebelum ni kita tahu dengan karaktor warak dalam setiap lakonannya dikatakan berada dalam kondisi tenat. Sudah tak mampu nak berkata-kata, kalau dibuka mulut sekalipun, kurang jelas apa yang cuba disebut oleh M. Rajoli. Mengikut akhbar Sinar, M. Rajoli banyak menghabiskan masa seharian dengan tidur sebab dah tak bermaya.

Sebelum ni, M. Rajoli mempunyai masalah kesihatan komplikasi pelbagai penyakit yang menyebabkan ketumbuhan di otaknya. Tapi sekarang dah baik dah. Just tinggal masalah jantung sahaja. Mungkin kerana sebab ambil ubat-ubat jantung ni kot yang menyebabkan M. Rajoli ni lemah, supaya pesakit rasa relaks. Harapnya macam itulah…
Kita sebelum susah, sebelum papa, sebelum sakit, sebelum mati marilah lakukan ibadat banyak-banyak. Aku tak pernah sangka pun yang M. Rajoli bakal jadi macam ni. Yang menentukan Allah.

Ok, kalau ada siapa-siapa mahu hulurkan bantuan kos belanja rawatan untuk M. Rajoli, boleh hubungi pihak SENIMAN.

0 comments: