Foto Istana Negara baru yg masih dlm pembinaan

|

Dua minggu sudah, maza sempat merempit ke Jalan Duta bersama 'senjata' maza yang itu. Petang itu matahari memancar indah memberikan peluang aktiviti outing yang hebat! ... hehehe (errr ... hebat ke? gasaklah ...)

Sebaik keluar dari plaza tol NKVE di Jalan Duta dan melalui sebuah jejambat, tiba-tiba tersergam indah di hadapan mata Istana Negara baru yang sedang dibina di atas bukit!


(Gambar: Istana Negara sedang dibina, June 2010)


Baru sebahagian sahaja siap. Maza kira sudah enam puluh peratus agaknya. Itu pun telah memberikan satu phenomenon. huhuhu.. WOW! gitew.

Singgahsana tempat bersemayamnya Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Jalan Istana berhampiran Jalan Dewan Bahasa akan berpindah ke sini di Jalan Duta.

Lepas ini mereka yang tinggal di bangunan tinggi di Jalan Duta, termasuklah perumahan kakitangan kerajaan di situ, boleh sekodeng tuan puteri di istana tersebut! hehehe

Tapi awas, kalau YDP Agong Sultan skodeng anda pula! Haru seh..


(Gambar: Kubah utama Istana Negara dalam pembinaan)


Letak Istana Negara di atas puncak bukit itu menampakkan kegahannya sesuai dengan taraf dan kedaultan negara ini.

Tanpa membuang masa, maza mengeluarkan senjata maza itu lalu menembak beberapa rakaman gambar.

Errr... segala komen perihal gambar amat dialu-alukan. Tapi kalau komen pasal Istana Negara yang itu, ahaks.. maza tak tahu ... ayuk! hehehe...


(Gambar: Istana Negara terletak di puncak bukit.)


(Gambar: kubah utama Istana Negara sedang dibina)


(Gambar: pemandangan Istana Negara dari lebuh raya NKVE ke Jalan Duta)

2 comments:

Wellness, The Next Big Thing said...

kalau nak masuk ke dalam projek pembinaan istana pun boleh. caranya begini :
1. beli topi keselamatan warna putih di kedai hardware
2. lihat dulu papan kenyataan projek dan dapatkan nama Konsultan yang terlibat
3. daftar diri di pondok keselamatan dan menyamar sebagai Konsultan atau sub-Kontraktor
4. selepas dapat masuk, jalan2 dan bolehlah ambil gambar sepuas2nya

selamat mencuba

karate said...

terima kasih kerana ke sini dan sudi berkongsi idea