Rosmah jadi penaung program maksiat utk anak2 muda

|

~ KOMEN: 9 bulan lepas konsert ni akan bertambah lagi lah anak-anak luar nikah

Hujan lawan Bunkface

2010/06/25

Persembahan dikenali Konsert Hujan vs Bunkface akan diadakan selama dua hari bermula 10 Julai nanti. Mengambil lokasi di Life Centre, Kuala Lumpur, persembahan kali ini dijangka menarik perhatian ramai pengunjung yang mahu berhibur bersama mereka.

Lebih bermakna, konsert ini juga mendapat sokongan Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta) yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Presiden Pencinta, Datuk Izudin Ishak berkata, matlamat konsert ini bukan sekadar hiburan tetapi memupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat termasuk golongan artis. Katanya, penekanan pada semangat patriotik ini tidak harus tertumpu pada program akademik semata-mata malah, ia juga diserap menerusi persembahan pentas.

"Pemilihan dua kumpulan ini berdasarkan populariti mereka sebagai kumpulan yang mempunyai ramai peminat dan persembahan ini menjadi kelainan yang ingin ditampilkan pada acara seperti ini.

"Saya percaya gabungan dua kumpulan ini mampu mewujudkan suasana yang sihat pada penonton. Malah, mereka juga menjadi medium untuk generasi muda bersatu,"...

0 comments: