Kepulan awan selembut kapas payungi pemergian pejuang ikhlas

|

Waktu petang-petang, kami selalu nampak Ustaz Hasan Syukri membersihkan kawasan markaz Taman Melewar. Dengan t'shirt pagodanya, dia selamba memegang sabit walaupun ketika itu dia adalah Timbalan Presiden PAS. Berpeluh-peluh dia menebas. Aku tengok je. Baru sekarang aku terasa, mengapalah aku tak tolong bersihkan kawasan markaz tu?
-
Muhaimin Sulam

Sifat mudah mesra dan kesederhanaan beliau tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Semasa saya baru mengenali beliau saya amat terkejut melihat beliau dengan berbaju T=Shirt Pagoda dan berkain pelekat tidak segan silu memotong rumput dan menyapu kawasan di Markaz Taman Melewar sedangkan pada masa itu beliau adalah Timbalan Presiden Pas. Boleh dikatakan kerja-kerja tersebut dilakukan secara rutin oleh beliau. - Hanipa Maidin

Dari blog Ummu Asiah

Tidak pula saya peka tentang keindahan awan yang memayungi bumi pada pagi tersebut....memang sering juga melihat kepulan awan sebegini memayungi bumi, cuma tidak berpeluang 'menangkap' panoramanya....kini secara tidak disengajakan ianya terpapar di beberapa imej yang sempat diambil disekitar Solat Jenazah Allahyarham Ustaz Hassan Syukri...jadi dari ianya tersimpan di dalam 'hard disk' komputer peribadi keluarga ummu asiah lebih baik untuk dipaparkan keindahan alam ciptaan Allah kepada semua yang hadir di blog ini.

0 comments: