Bookie tak haram, yg haram ialah JUDI

|

Bookie haram Piala Dunia 2010 ditahan
16/06/2010 11:02am

BUTTERWORTH 16 Jun — Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun, yang disyaki menjadi bookie menguruskan pertaruhan haram bagi kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010, di sebuah kedai makan di Jalan Raja Uda di sini, malam semalam.

"Ketika ditahan, suspek dipercayai mengendalikan pertaruhan secara online bagi beberapa perlawanan yang berlangsung semalam,” kata Ketua Operasi Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Bukit Aman Supt Maszely Minhat kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata suspek ditahan yang dipercayai pekerja premis itu, ditahan di kaunter bayaran pada 1.15 pagi dan polis merampas wang tunai berjumlah RM15,675.00 dipercayai wang pertaruhan, sebuah komputer riba yang mempunyai sistem pertaruhan, beberapa resit kosong serta empat bateri komputer.

Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495) yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM200,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 15 Jun lalu, polis menahan empat bookie dan dua lelaki dipercayai perantara, di sebuah kedai kopi ketika mereka sedang leka mencatat dan menerima pertaruhan. — Bernama

0 comments: