Ahli PAS kena ambil iktibar perjuangan ikhlas warga2 emas ini

|

Perkara yang paling PENTING bila mahu sertai perjuangan PAS ialah sifat IKHLAS. Kepada seluruh ahli PAS di luar sana yang membaca artikel ini sila ambil perhatian.

Perjuangan akan menjadi sukar apabila tiada sifat IKHLAS. Bila tidak IKHLAS maka akan timbul bermacam-macam masalah seperti berpuak-puak, hasad dengki, mementingkan diri sendiri & kroni, tikam belakang, menyusahkan jemaah dan lain-lain lagi.

Contohilah mereka dibawah ini. Umur yang sudah lanjut tidak menjadi penghalang untuk bersusah-payah pergi sendiri ke Muktamar PAS di Kelantan tanpa ditemani orang muda. Berbekal semangat yg tinggi, hati yg ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab mereka pergi juga walaupun jauh berbatu-batu.



Haji Rahman Sulaiman, 66 tahun, (gambar) bersama dengan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri, 71, dan Haji Subky Latif, 70, ke Kota Bharu untuk menyertai muktamar PAS sejak Rabu, 9 Jun lagi. Tiga warga emas PAS ini telah naik kereta bersama dari Kuala Lumpur dan Haji Rahman menjadi pemandunya.

0 comments: