Rashid Sidek sah positif H1N1! Tahniah Kementerian Kesihatan

|

KUALA LUMPUR 1 Mei - Jurulatih badminton perseorangan lelaki negara Abdul Rashid Mohamed Sidek disahkan positif Influenza A (H1N1).

Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, perkara itu disahkan oleh hospital swasta yang kini merawat Rashid dan seorang anak perempuannya yang juga disahkan positif jangkitan tersebut.

"Kami telah dimaklumkan oleh pihak hospital yang mengesahkan perkara itu dan tindakan susulan akan diambil oleh pihak ISN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak tersebut daripada tersebar,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini malam ini.

Rashid dan anak perempuannya yang berusia lima tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan petang tadi setelah menunjukkan simptom-simptom dijangkiti H1N1. - Bernama

0 comments: