Pondok Pelancongan: Cayalah TG Nik Aziz

|

Kelantan bakal perkenal 'Pondok Pelancongan'
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 22 Mei: Kelantan akan membina sebuah 'pondok pelancongan' bagi memudahkan pelancong yang berkunjung ke negeri ini mempelajari ilmu agama.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pondok tersebut dicadang dibina di Kampung Kandis, Bachok.

Cadangan tersebut katanya telah diusulkan kepada mesyuarat khas semalam.

"Orang luar yang nak duduk di sini atau waktu tertentu datang untuk mendengar kuliah agama, belajar atau sebagainya boleh berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Hari Guru Pasti Peringkat Negeri Kelantan, 2010, di Balai Islam, Lundang, di sini pagi tadi.

Jelasnya, melalui kaedah ini orang ramai termasuk masyarakat luar boleh membeli rumah pondok tersebut, bagaimanapun tidak boleh dijadikan harta pusaka.

Sistem pembelajaran pula katanya akan dibentuk sama seperti sistem pendidikn pondok yang ada di negeri itu.

Jelasnya, Kelantan tidak ketandusan tenaga pengajar kerana sejak awal lagi rakyat negeri ini meminati pengajian agama.

Pondok Pelancongan juga jelasnya, hanyalah sebahagian penambahan kepada pondok-pondok yang sedia ada. - HarakahDaily

0 comments: