Peguam jadi pengkhianat akibat jenayah palsu dokumen

|

Isunya cukup mudah. Setiap calon yang bertanding untuk kerusi negeri dan parlimen sepatutnya menghantar laporan atau akaun perbelanjaan mereka kepada Suruhanjaya Pilihanraya. Ini bagi memastikan agar tiada sesiapa yang menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya dengan perbelanjaan yang melebihi RM100,000 untuk kerusi negeri dan RM200,000 untuk kerusi parlimen.

Sekiranya anda gagal untuk menghantar laporan/akaun perbelanjaan tersebut, ini bermakna anda telah membelanjakan lebih daripada apa yang dibenarkan ataupun laporan anda terdapat kesalahan, contohnya banyak perbelanjaan yang hilang daripada laporan tersebut, maka Suruhanjaya Pilihanraya boleh membatalkan/menggugurkan anda.

Secara ringkasnya, anda akan kehilangan kerusi anda.

Zulkifli Noordin, calon PKR yang menang kerusi parlimen Kulim di dalam pilihanraya umum 2008, tidak menghantar laporan perbelanjaannya untuk pilihanraya umum 2004. Dan calon Umno yang kalah, Abdul Aziz Sheikh Fadzir, mempunyai bukti berkaitan kes ini. Maka, Aziz telah memfailkan petisyen pilihanraya meminta mahkamah untuk membatalkan kemenangan Zul. (Ingat lagi kepada Aziz, lelaki yang mahu membakar Dewan Perniagaan Cina Selangor lebih kurang 10 tahun lalu?)

Zul panik. Dia telah membuat perubahan pada akaunnya dengan memalsukan dokumen dan bil untuk dibuktikan di mahkamah. Sayangnya, Zul terperangkap. Sekarang, ianya bukan lagi hanya kes mudah iaitu gagal melaporkan laporan kewangan yang hanya sekadar dibatalkan kemenangan. Ianya telah menjadi kes penipuan, dimana kesalahannya berupa jenayah dan boleh dipenjarakan.

Perdana Menteri melihat ini sebagai peluang keemasan dengan kesulitan yang dihadapi oleh Zul. Lalu, Zul dipanggil untuk bertemu PM dan diberitahu bahawa Umno akan menarik kembali petisyen pilihanraya tersebut dan menyelamatkannya daripada dipenjara. Tetapi dia perlu bersetuju dengan bersyarat. Syarat tersebut adalah: Zul tidak perlu ke penjara tetapi dia perlu pastikan yang Kedah dikembalikan kepada BN.

Secara ringkasnya, Zul akan bertindak sebagai 'Kuda Trojan' didalam Pakatan Rakyat.

Zul bersetuju dengan perjanjian tersebut dan PM mengarahkan Aziz untuk menarik kembali petisyen pilihanrayanya. Aziz teramat marah (kerana dia tahu Zul sudah tiada harapan) tetapi dia tiada pilihan di dalam perkara ini. Dia dengan secara terpaksa telah menarik kembali petisyen tersebut dan Zul dapat diselamatkan. Tetapi kini Zul bekerja untuk Umno, bukan lagi untuk Pakatan Rakyat.

Sekarang bolehkah anda faham mengapa Zul melakukan perkara-perkara yang dilakukannya? Tidak dinafikan agak janggal apabila segala perbuatannya menyakiti pembangkang. Tetapi itulah perjanjiannya. Dan apabila Kedah tumbang, maka Zul telah membayar hutangnya lalu akan dibenarkan memasuki Umno secara rasmi.

Apabila penipuan dilakukan untuk menutup penipuan yang lain, maka anda akan terperangkap. Dan Zul telah terperangkap. Jika dia tidak mencuba untuk menutup kesalahannya dengan memalsukan dokumen akaunnya, sekurang-kurangnya dia hanya kehilangan kerusi. Tetapi apabila dia melakukan pemalsuan tersebut, ianya lebih daripada hanya dibatalkan. Ianya penipuan. Dan kesalahan untuk penipuan adalah lebih serius. Anda boleh dipenjarakan.

Umno memang gemar kepada penjenayah. Kerana penjenayah boleh dipergunakan. Dan oleh kerana Zul telah melakukan satu jenayah, maka Umno boleh menggunakannya. Dan Umno memang betul-betul menggunakannya, sehingga kini.

RAJA PETRA KAMARUDDIN
~ terjemahan kebahasa Melayu oleh Ajijoi

Betul kata pepatah orang tua-tua dahulu kala: "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali", kerana sekali sahaja buat jahat terpaksa menanggung dosa yang berpanjangan dengan pelbagai lagi kejahatan untuk menyelamatkan diri sendiri tetapi ramai lagi orang terpaksa dikorbankan. Walau apa sekali pun, jika iman kita tetap dan tegap, penjara itu lebih mulia daripada derhaka dan khianat terhadap amanah rakyat.

0 comments: