Pada kebiasaannya (sebelum menikah), solat subuh ditinggalkan saja

|

JAKARTA - Pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta, Dian Sastrowardoyo rajin bangun pagi semasa tinggal bersama keluarga mentuanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dian tinggal bersama keluarga mentuanya selepas dia rasmi menjadi isteri Maulana Indraguna Sutowo pada 18 Mei lalu.

"Selama tiga hari saya sarapan, tidur dan mandi di rumah mentua. Agak berbeza rasanya," katanya yang tinggal di rumah keluarga suaminya di Jalan Bangka, Jakarta Selatan.

Dian yang berumur 28 tahun berkata, dia akan bangun pada pukul lima pagi untuk mengerjakan solat subuh bersama suaminya.

"Pada kebiasaannya (sebelum menikah), solat subuh ditinggalkan saja. Sekarang, ada yang mengajak solat berjemaah.

"Alhamdulillah," katanya. - Agensi

0 comments: