Najib dan UMNO-BN kena pukulan maut rakyat Sibu

|

Keputusan tak rasmi: DAP dahului BN 2,590 undi
UPDATED @ 09:39:30 16-05-2010
May 16, 2010

SIBU, 16 Mei — Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon DAP mendahului selepas lebih separuh daripada saluran selesai dikira setakat 8.20 malam tadi.

Pemimpin-pemimpin DAP mendakwa mereka memenangi pilihan raya kecil Sibu ini.

Keputusan rasmi akan diumum dalam waktu terdekat.

Daripada 107 saluran, DAP memperoleh 18,570 undi manakala BN menguasai 15,980 undi.

Dengan itu, majoriti DAP setakat ini ialah 2,590 undi.

Kedua-dua parti utama berhadapan dengan saingan sengit untuk menguasai kerusi Sibu.

Dalam pada itu keputusan rasmi dari pusat penjumlahan menunjukkan BN memperoleh 5,498 undi, DAP pula 4,844 dan calon Bebas hanya 53 undi.

BN merekodkan kelebihan 654 undi.

Terdahulu setakat 6.15 petang tadi, daripada 44 saluran selesai dikira DAP menerima 7,026 undi manakala BN pula 6,243 dan seorang calon Bebas menerima 52 undi.

Bagaimanapaun setakat 22 saluran selesai dikira sehingga pukul 5.30 petang tadi, BN berada di depan dengan kelebihan 1,985 undi.

Seramai 59.86 peratus atau 32,742 pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Ia termasuklah 2,537 pengundi pos.

MENYUSUL LAGI

0 comments: