Menteri 'sengih mcm kerang busuk' tiba-tiba bersuara

|

Wakil Rakyat Pembangkang Lompat Parti Sebab Tidak Sanggup Tipu Rakyat - Jamil Khir

BALING, 23 Mei (Bernama) -- Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyangkal dakwaan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam melobi wakil rakyat pakatan pembangkang agar lompat parti.

"Jika berlaku lompat parti, ini kerana mereka sendiri yang sudah tidak sanggup lagi menipu rakyat terutamanya apabila kerajaan negeri gagal menunaikan janji saperti yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya umum lalu," katanya kepada pemberita, di sini.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata berasaskan situasi yang berlaku di Kedah sekarang, tidak mustahil kerajaan pakatan pembangkang yang diteraju PAS itu akan tumbang.

"Sekiranya berlaku pembubaran DUN (Dewan Undangan Negeri) dalam masa terdekat UMNO dan BN sedia menghadapinya," katanya.

Beliau yang sebelum itu merasmikan Program Juara Rakyat peringkat DUN Kuala Ketil di sini diminta mengulas desas-desus mengatakan empat Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah dari Parti Keadilan Rakyat akan melompat parti.

-- BERNAMA

0 comments: