Maaf Cikgu Din, zaman UMNO jangan harap lah

|

Sumber

Tahniah Ketua Polis Negeri, Negeri Sembilan. Fikiran anda dan tindakan anda taraf kelas dunia.Pertama kali dalam sejarah polis moden Malaysia ,seorang Pegawai Polis bertanggungjawab dengan tindakan anak buah mereka.

Syabas,anda tidak seperti Musa Hassan yang cepat melatah dan marah.Moga-moga anda boleh dicalonkan sebagai Ketua Polis Malaysia.

Kita baca petikan di bawah,yang diambil melalui malaysiakini.

Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.

Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

1 comments:

Hisyamuddin Che Ali said...

UMNO DAH DIRASUK YAHUDI..BANG SANA..BANG SINI..-mohon link, sahabat