Najib lantik mawas jadi pengawas sekolah

|

HULU SELANGOR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi memberi jaminan akan mengotakan segala janji yang dibuat semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor jika calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan menang.

Kata beliau, bagi memperkukuhkan jaminan itu, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Noh Omar telah dilantik sebagai pengawas yang akan memastikan segala janji yang telah dibuat akan dilaksanakan.

"Saya nak umumkan bahawa saya lantik Noh Omar untuk pastikan setiap janji ditunaikan.

"Kalau tidak cukup peruntukan, saya sebagai Menteri Kewangan akan luluskan peruntukan (untuk pastikan semua janji pilihan raya dilunaskan sepenuhnya)," katanya ketika berucap di Bukit Sentosa di sini malam tadi.

Ucapan Najib itu merupakan yang pertama bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dan disampaikan hanya beberapa jam selepas beliau tiba daripada lawatan rasmi ke Jepun.

0 comments: