Mudahnya warga asing cari kerja di Malaysia, KDN 'laying eggs'?

|

Dari blog Bluehikari

CERITA SATU PETANG DI STESEN PETROL
Posted in bebas by Rudy

Ketika mengisi petrol ke kereta sahabat aku T di sebuah stesen petrol berdekatan rumah, seorang atendan Bangladesh menegur aku. Aku tidak pernah melihat dia sebelum ini. Mungkin orang baru.

Cara dia berbahasa Melayu agak janggal dan terlalu basic. Dia tanya aku, sama ada aku bekerja di bandara. Aku tanya dia kembali mengapa. Dia tunjuk pelekat kenderaan tertera lambang syarikat penerbangan tempat T bertugas.

Lanjutan itu dia mahu minta tolong. Katanya, kawannya mahu datang ke Malaysia untuk bekerja. Jadi, kawannya itu tidak tahu bagaimana mahu keluar dari bandara. Aku jawab, bukankah agen pekerjaan akan menguruskan semuanya. Dari mereka turun dari perut pesawat hinggalah ke tempat penginapan mereka kelak.

Katanya lagi, kawannya ini akan datang sebagai pelancong terlebih dahulu. Kemudian, dia akan bawa ke rumahnya dan terus dicarikan pekerjaan. Aku rasa menyirap dengan jawapannya itu. Aku cakap, itu cara yang salah. Menyalahi undang-undang! Adakah begitu mudah mereka masuk ke Malaysia? Mereka ingat negara ini negara kebajikankah?

Aku rasa kawalan masuk di semua pintu masuk Malaysia wajib diketatkan. Mana-mana yang datang ke Malaysia atas nama pelancong tanpa visa, tanpa pengesahan hotel penginapan dan sekurang-kurangnya mempunyai baki simpanan RM5000 dalam akaun mereka harus di suruh balik sahaja ke negara mereka waktu itu juga. Cukup-cukuplah masalah sosial yang kita rakyat Malaysia hadapi dengan kebanjiran pendatang tanpa izin ini.

Sudah sampai masanya KDN melihat perkara ini dengan lebih serius dan menjadi lebih sakarstik kepada orang-orang yang mengambil kesempatan ini.

0 comments: