Chandran diugut, mungkin dgn tembakan kalau gatal bertanding

|

Calon Bebas Chandran tarik diri
Oleh G. Manimaran

HULU SELANGOR, 19 April — V.S. Chandran, bekas timbalan ketua MIC Hulu Selangor, sebagaimana dijangkakan dikatakan telah memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Chandran dijangka akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini, sekali gus mengurangkan persaingan kepada pertemuan tiga muka.

Mana-mana calon yang hendak bertanding perlu memaklumkan pendirian mereka kepada SPR sebelum 12 tengah malam ini.

Berdasarkan maklumat SMS diterima The Malaysian Insider, beliau dijadual mengadakan sidang media selepas itu.

Bagaimanapun usaha mendapatkan pengesahan langsung daripada Chandran gagal tetapi pembantu-pembantunya mengesahkan perkara ini.

“Ya, betul Chandran telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding kerana sebab-sebab tertentu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Langkah itu dijangka akan membantu mengelakkan sokongan masyarakat India khususnya ahli-ahli MIC kepada calon Barisan Nasional yang diwakili oleh Ketua Penerangan MIC pusat P. Kamalanathan daripada terjejas.

Selaku bekas pemimpin kanan Chandran dipercayai mempunyai sokongan untuk menarik pengundi-pengundi masyarakat India daripada kalangan ahli MIC.

Tinjauan The Malaysian Insider menunjukkan sebahagian ahli-ahli MIC masih kecewa dengan keputusan menggugurkan Timbalan Presiden Datuk G. Palanivel yang juga Ketua MIC Hulu Selangor daripada bertanding semula di Hulu Selangor.

Mereka dikatakan tidak akan mengundi calon BN, yang sedikit sebanyak akan mengganggu sokongan kepada Barisan Nasional.

“Sebenarnya beliau (Chandran) hanya marah terhadap MIC, tetapi dalam hatinya beliau masih sayang pada Barisan Nasional. Beliau sendiri pernah kata beliau menyokong kuat Barisan.

“Saya percaya demi rasa sayang kepada Barisan Nasional, beliau memutuskan untuk tarik diri,” kata sumber itu.

Chandran merupakan salah seorang daripada dua calon Bebas memberi saingan terhadap Kamalanathan dan calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Seorang lagi calon Bebas ialah Exco Pemuda Shah Alam Johan Mat Diah.

Selepas penamaan calon kelmarin, kepimpinan Umno dan MIC berkata kedua-dua Chandran dan Johan berhadapan dengan tindakan dipecat dari parti masing-masing.

0 comments: