Nasib rakyat Hulu Selangor, perspektif Pemuda UMNO Hulu Selangor

|

Kg Kerandang

Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor telah mengadakan program ziarah ke Sg Kerandang pada 23.12.2009. Tujuan utama program tersebut adalah untuk mengetahui permasaalahan yang dihadapi oleh penduduk tersebut. Antara keperluan utama penduduk tersebut adalah keperluan asas seperti jalanraya, elektrik dan bekalan air. Perkara tersebut telah diambil perhatian oleh saudara Ketua Pemuda Bahagian En. Mahmud B. Karim. Beliau akan membawa perkara ini ke pengetahuan pihak atasan seperti ADUN Kuala Kubu Bharu. Beliau juga akan memaklumkan kepada Ketua Bahagian YB Dato Hj Mohamed Idris B. Abu Bakar. Harapan Pemuda UMNO adalah supaya masalah tersebut dapat diselesaikan agar penduduk di Sg Kerandang dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. - Blog Pemuda UMNO Hulu Selangor

0 comments: