Inilah namanya penerapan nilai-nilai menipu

|

IPOH, 31 Mac — Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mendedahkan tawaran oleh “seorang pemimpin hebat pembangkang” untuk beliau menjadi Menteri Besar Perak jika sanggup melompat parti selepas Barisan Nasional kalah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Katanya beliau adalah calon pertama bagi jawatan Menteri Besar Perak dan bukannya anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas apabila pakatan DAP-Pas-PKR mahu menubuhkan kerajaan negeri.

Ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan perasmian Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini, Zambry berkata beliau telah dihubungi melalui panggilan telefon oleh “tokoh hebat” berkenaan yang kemudiannya diikuti rombongan dan utusan yang datang ke rumahnya.

“Saya menolak tawaran itu kerana berpegang kepada prinsip perjuangan,” katanya ketika menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Tajol Rosli (BN-Pengkalan Hulu) bahawa tiga Adun Umno ditawar jawatan Menteri Besar sekiranya melompat parti.

0 comments: