Geng APCO conteng Masjid Bilal Ibn Rabah

|

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0415/Kosmo/Dunia/du_03.1.jpg
SEORANG wanita Palestin cuba memadamkan lukisan bintang Yahudi di dinding Masjid Bilal Ibn Rabah yang dipercayai dilakukan oleh pendatang haram Yahudi di Kampung Hawara, Tebing Barat semalam.

NABLUS, Tebing Barat - Sekumpulan pendatang Yahudi mencemarkan sebuah masjid di Tebing Barat semalam, kata beberapa pegawai keselamatan Palestin.

Pihak tentera Israel mengesahkan beberapa suspek yang tidak dikenali telah menconteng dinding Masjid Bilal Ibn Rabah termasuk melukis bintang Yahudi bersebelahan nama Nabi Muhammad dalam tulisan Hebrew.

Pegawai-pegawai Palestin dan Israel berkata, suspek-suspek turut membakar dua buah kereta di luar masjid tersebut di Kampung Huwara, Tebing Barat.

Beberapa askar Israel segera memadamkan lukisan tersebut serta melarang wartawan-wartawan yang cuba merakamkan gambar sehingga kerja-kerja pembersihan selesai.

Seorang komander tentera Israel di Tebing Barat, Brigedier Jeneral Nitzan Alon mengarahkan satu siasatan segera dilakukan selain mengutuk insiden tersebut serta menegaskan, mereka yang didapati bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan. – AFP

0 comments: