Friends of Israel. Syabas UMNO

|

http://2.bp.blogspot.com/_3I_aWdPjyV4/S8rfM0wWWmI/AAAAAAAACLY/6lClxN1mgb0/s1600/23614_389041523179_553133179_3857050_5475887_n.jpg

Israel rai ulang tahun ke-62

BEBERAPA jet terbang melintasi Bandar Lama Baitulmuqaddis pada sambutan ulang tahun ke-62 Israel semalam.

BAITULMUQADDIS – Penduduk Israel mengadakan majlis barbeku di kawasan perkhemahan yang sesak dan pantai-pantai di seluruh negara sebagai menyambut ulang tahun ke-62 penubuhan negara Yahudi itu semalam.

Sebuah helikopter turut melakukan lintas terbang di kediaman Presiden Israel, Shomin Peres di Baitulmuqaddis manakala beberapa buah kem tentera dibuka kepada orang ramai untuk dilawati.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan, Ehud Barak dan Ketua Tentera, Leftenan Jeneral Gabi Ashkenazi turut sama menyanyikan lagu-lagu Israel di kediaman Presiden.

Sambutan tersebut bermula pada Isnin lalu dengan tembakan mercun sebagai tanda menghormati penubuhan Israel pada 14 Mei 1948.

Tahun ini, sambutan itu jatuh pada tarikh 20 April berdasarkan kepada kalendar Yahudi.

Di sebalik sambutan itu, ramai rakyat Arab Israel menyifatkannya sebagai Nakba atau bencana.

Ini kerana penubuhan negara Yahudi telah menyebabkan 750,000 penduduk Palestin terpaksa melarikan diri atau diusir selepas tercetusnya perang Arab-Israel pada tahun 1948. – AFP


0 comments: