Bila bini gatai pungkok nak berkempen juga SPR tutup molot

|

~ KOMEN: Ada harapan UMNO bertanding dan MIC akan telan taik!

Pusat Permata Negara Turut Dicadang Dibina Di Hulu Selangor - Rosmah

HULU SELANGOR, 5 April (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor turut bercadang untuk mewujudkan Pusat Permata Negara di Hulu Selangor.

Beliau berkata pihaknya memang dalam perancangan untuk mengadakan Pusat Permata Negara di kawasan tersebut tetapi oleh kerana sukar mendapatkan tanah dan bangunan, kerana itu ia terpaksa ditunda.

"Sama ada kita tengok bangunan daripada Kemas ataupun kita berbincang dengan Felda untuk kita mengadakannya.

"Saya melihat bahawa kanak-kanak di sini yang merupakan kanak-kanak dari luar bandar seharusnya mendapatkan pendidikan yang terbaik terutama sekali pendidikan untuk di bawah umur empat tahun.

"Pada pandangan saya kawasan di Hulu Selangor ini memang sepatutnya mendapat satu Pusat Permata Negara, tadi saya dah bersalaman dengan ramai kanak-kanak di sini dan ibu mereka juga telah menyatakan kepada saya bahawa mereka inginkan anak-anak mereka pergi ke Pusat Permata Negara di sini.

"Setakat ini kita tidak ada Pusat Permata Negara di sini," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Bersama Rakyat di Kampung Sungai Buaya di sini Ahad malam.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah mengadakan lebih daripada 420 buah Pusat Permata Negara di kawasan luar bandar dan pihaknya juga telah menaiktarafkan pusat pendidikan awal kanak-kanak di bawah kelolaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ataupun Kemas.

Menurut Rosmah, pihaknya telah pun mengadakan Pusat Permata Negara di kawasan-kawasan pedalaman di negeri Sarawak dan beliau juga telah diberitahu ramai antara murid-murid di Pusat Permata Negara mereka enggan pulang ke rumah kerana menyukai tinggal di situ.

Rosmah turut berkata beliau berasa bersyukur kepada Allah kerana suaminya telah pun setahun menjadi Perdana Menteri dan ia adalah kerana sokongan yang diberikan rakyat jelata kepada Najib.

"Saya sentiasa berdoa supaya suami saya akan terus menjadi Perdana Menteri, insya-Allah selagi rakyat inginkan beliau menjadi ketua kepada negara ini," katanya.

-- BERNAMA

0 comments: