UMNO tak boleh buat apa2 sebab 2 Jaguh Dunia dari negeri PR

|

Kerajaan Pulau Pinang Hargai Chong Wei Dan Nicol Dengan Insentif
PULAU PINANG, 22 Mac (Bernama) -- Jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara Datuk Nicol David masing-masing menerima sumbangan penghargaan sebanyak RM20,000 daripada kerajaan negeri malam Isnin.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata sumbangan itu sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada kedua-dua wira negara itu yang juga merupakan anak jati Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri tidak berpuas hati sekiranya kejayaan yang begitu gemilang tidak diberi sedikit imbuhan, lantaran itu pihak kerajaan negeri memberi sumbangan ini sebagai tanda penghargaan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya negeri itu berasa bertuah kerana adanya jaguh dunia itu dan berharap mereka dapat menyumbang bakti melatih generasi baru terutamanya generasi negeri itu.

Baru-baru ini, Chong Wei merangkul kejuaraan All England ke-100 manakala Nicol memenangi Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur CIMB Sabtu lalu.

Sementara itu, Chong Wei berkata beliau bertuah menerima penghargaan daripada kerajaan negeri itu. -- BERNAMA

0 comments: