UMNO = Biawak. Jangan pikul, kena lapah dan ambil kulitnya

|

21 Mac, Langkap: Tuan Guru Haji Hadi menegaskan bahawa PAS tidak akan mengambil kekuatan daripada parti yang berpenyakit ; parti yang sedang melalui kelemahan.

Beliau juga menganggap bekerjasama dengan Umno adalah laksana memikul biawak hidup.

“Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita …lebih baik kita bersendirian , kita lapah biawak , ambil kulit dia tu, boleh tak?” Tanyanya dengan disambut sorak ketawa para penyokong di pejabat Dewan Penyokong PAS di sini tengahari tadi.

Demikian riaksi TGHA terhadap seorang wartawan akhbar bahasa Cina yang bertanyakan samada PAS akan bekerjasama dengan Umno.

TGHA ditemani PJ Ust Abu Bakar Hussin dan Timbalannya,
Ust Mustafa Shaari bersama balu dan anak-anak mendiang Siva

TGHA tiba dipekan kecil ini tengahari tadi untuk menyampaikan ucapan takziah dan sedikit sumbangan PAS Pusat kepada keluarga mendiang Siva , Ketua Pemuda Dewan Penyokong PAS Perak yang ditembak mati pada minggu lalu.

Menurut TGHA, PAS sudah berpengalaman bersama dengan Barisan Nasional.Pada tahun 1974-1978, PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional dan telah mengalami pengalaman yang banyak dan telah menjadi pelajaran kepada PAS.

Penyokong PAS khusyu' mendengar ucapan Tuan Guru Presiden

Beliau menjelaskan, bahawa selagi Umno tidak boleh membuat perubahan, tidak menerima matlamat untuk mengubah sistem kehakiman, mengubah SPR, mengubah amalan demokrasi yang betul-betul demokratik yang adil; kalau Umno tidak sanggup membuat perubahan ini, tidak ada guna PAS mengadakan kerjasama dengan mereka.

Bergambar kenangan bersama pemimpin kesayangan mereka

“Mereka mesti terbuka untuk mengembalikan Kehakiman,mengembalikan Demokrasi, mengembalikan Kebebasan Media dan mesti dibuktikan dahulu dengan menunjuk sikap yang positif terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dimana mereka rampas royalti Terengganu, yang menafikan royalti Kelantan, yang menafikan hak PulauPinang, hak Kedah …,” katanya.


Beliau juga berkata, “Kalau Umno nak bekerjasama , media-media mesti diberikan peluang kepada semua hak dan tunjukan dahulu cara-cara yang baik termasuklah Federalisma, yakni konsep mengikut perlembagaan.”


Antara pemimpin PAS yang turut hadir dalam majlis
tersebut bersama anggota Dewan Penyokong PAS Perak

“Tidak ada penunujuk-penunjuk arah yang positif. Bagaimana nak bekerjasama? Apa yang berlaku, makin hari makin merosot,” katanya lagi.

Seorang wartawan akhbar Sin Chew telah memuji kenyataan TGHA tersebut dengan mengatakan bahawa kaum Cina dan India tentu akan bertambah yakin terhadap apa yang dinyatakan itu, Tuan Guru menjawab :

“Ya supaya kaum India dan Cina melihat kerajaan kita di negeri-negeri Pakatan Rakyat apa yang kita buat walaupun kita menghadapi pelbagai kepayahan, kita laksanakan seboleh mungkin yang kita buat.

Bersama Ar-Rawa, JJ dan petugas Unit Amal

Kepada pertanyaan wartawan yang sama , mungkinkah kaum Cina , India dan bukan-Muslim diterima terus menjadi ahli PAS selepas ini? Tuan Guru berkata:

“Ya, kita telah membuat satu anjakan paradigma dengan memasukan peruntukan di dalam perlembagaan PAS, menubuh Dewan Penyokong PAS dan menjadikannya sebagai satu cabang daripada PAS.

-alHusseyn

0 comments: