Seperti dijangkan, UMNO guna taktik ikan untuk jadi juara

|

PUTRAJAYA - Selepas dua hari mogok mengimport ikan, para pengimport dan pemborong ikan semalam akhirnya bersetuju menarik balik ancaman untuk menghentikan pengimportan ikan dari Thailand dan Indonesia.

Serentak dengan itu, bekalan ikan import dari kedua-dua negara jiran itu mula dibawa masuk mulai lewat petang semalam untuk jualan seperti biasa hari ini.

Mereka juga bersetuju dengan arahan kerajaan untuk menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) menggantikan kotak ikan biasa secara berperingkat-peringkat sehingga November ini.

Kata putus itu dicapai oleh Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia selepas mengadakan perbincangan selama tiga jam bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di sini semalam. - KOSMO

0 comments: