Seorang guru bijak guna akal tidak akan mati dalam UMNO

|

Pemergian Ahli Parlimen Hulu Selangor Satu Kehilangan-Tan Sri Khalid
KAJANG 26 MAC: Tan Sri Khalid Ibrahim menganggap Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia malam semalam, sebagai seorang rakan yang sanggup bersama-sama mengambil risiko dalam perjuangan.

Menteri Besar Selangor itu berkata, Dr Zainal teguh dalam perjuangannya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekalipun keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

"PKR bersedih atas kehilangan ahli akademik ini dan takziah kepada keluarga," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi rumah allayarham di sini, semalam.

Dr Zainal meninggal dunia pada usia 71 tahun di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras di sini, kira-kira 9.27 malam akibat barah otak.

Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat anak, Azura, 37; Azri Zin, 36; Aznizah, 29 dan Azizah, 25.

Dr Zainal menang Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-12 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) menewaskan penyandang, Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

Dr Zainal menyertai PKR pada 2005 dan dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi bagi penggal 2007/2010.

Sebelum menyertai PKR, beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, selain menyandang jawatan selaku Exco kerajaan negeri.

Beliau menang tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Dr Zainal dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939 dan memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968), Pengetua Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru (1972-1973), pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Beliau memperoleh Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles pada 1980 dan pernah menjadi Dekan Fakulti Pendidikan UKM sebelum menyertai politik pada 1989.

Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9, Cheras, kira-kira pukul 11 pagi ini.Alfatehah..

0 comments: