Saifuddin Nasution : Kita berdepan dengan pembunuh Altantuya

|

'Pemimpin Umno hidangkan arak'
Bagaimanapun menurut Saifuddin, fenomena itu hanya halangan kecil dan tidak akan mengalihkan perhatian Pakatan daripada musuh sebenar mereka - Umno dan BN.

“BN adalah musuh politik utama kita. Kita berdepan dengan pembunuh Altantuya, kita menghadapi mereka yang merompak kekayaan rakyat dan kita berdepan juga dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah,” katanya.

Saifuddin juga mendakwa dia didatangi oleh seorang anggota kanan MP Umno yang juga seorang menteri kabinet dan diberi amaran agar menghentikan membuat pendedahan yang memalukan Umno dan BN.

Menteri kanan itu dikatakan tidak senang dengan kenyataan Saifuddin di Dewan Rakyat semalam bahawa ada pemimpin Umno yang menghidangkan minuman keras pada ulang tahun perkahwinannya.

Saifuddin juga memberitahu Dewan Rakyat dalam satu lawatan yang dianjurkan oleh Umno ke Amerika Syarikat, seorang pemimpin parti itu tertidur di kasino dan gagal mengikuti rombongan berkenaan. -MALAYSIAKINI

1 comments:

j3bat said...

Eloklah didedahkan pemimpin macam tu kita tak perlu kannya hatta tak kiralah pemabuk, peliwat atau pemfitnah.Apa nak malu-malu dedahkan ajerlah.

Apapun peliwat dan pemfitnah ni tergolong dalam kategori dosa-dosa besar.