Negeri dan Parlimen Pak Najib sedang terbakar

|

Bomba Pahang Beku Cuti Sekiranya Kebakaran Hutan Semakin Buruk
KUANTAN, 5 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang akan membekukan cuti anggotanya jika kejadian kebakaran hutan di negeri itu semakin buruk.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat negeri Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata buat masa ini pihaknya cuma memendekkan tempoh cuti yang boleh diambil mereka.

"Ketika ini kami hanya bertindak menghadkan cuti anggota ke satu jangka yang pendek selain memanggil semula anggota yang bercuti sekiranya perlu," katanya ketika ditemui Bernama, di sini, Jumaat.

Beliau berkata ianya adalah langkah berjaga-jaga memandangkan masalah kebakaran hutan di negeri itu sepanjang musim kemarau yang sedang melanda sekarang berada pada tahap terkawal.

Katanya setakat ini hanya empat kebakaran hutan besar yang berlaku di negeri itu melibatkan kawasan di Hutan Simpan Ramin, Pekan; ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) Jalan Kuantan-Pekan; hutan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bistari, Sri Pekan; dan kawasan hutan di Kampung Sungai Ular, Gebeng.

Beliau berkata kebakaran itu melibatkan luas keseluruhan 83 hektar dan pihaknya telah berjaya memadamkan api di kawasan seluas 37 hektar, sementara 89 anggotanya terus berusaha memadamkan api di kawasan yang masih terbakar.

Dalam pada itu katanya, masalah kekurangan air turut menyukarkan usaha untuk memadamkan kebakaran hutan, selain terdapat kawasan tidak boleh dimasuki jentera bomba dan memaksa anggota mengharungi asap tebal berjalan sehingga dua kilometer untuk ke lokasi kebakaran.

Beliau juga meminta masyarakat agar bersama-sama membantu mencegah kebakaran dengan menghentikan kegiatan pembakaran terbuka. -- BERNAMA

0 comments: