UPDATE Madey tibai Rosmah, Fiesta Nasi Lemak ditangguh

|

MAHATHIR KECEWA RAKYAT TERLEBIH GEMUK – arkib melayau

“Saya berasa amat tidak gembira dengan keadaan rakyat Malaysia,” kata Mahathir Mohamad merujuk kepada rakyat negara ini yang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan terutama obesiti dan sakit jantung.

Kenyataan spontan itu menggambarkan rasa kecewa beliau dengan sikap rakyat Malaysia yang malas untuk menjaga kesihatan mereka.

Katanya, penambahan ketara kumpulan penduduk yang terlebih gemuk atau obesiti agak merunsingkan.

“Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat.


FIESTA NASI LEMAK DITANGGUH - melayau
Fiesta Nasi Lemak satu Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 13 dan 14 Mac ini ditangguh kepada Mei depan bagi membolehkan lebih ramai peserta menyertai pertandingan itu.

Pengerusi program pesta berkenaan, Chef Yang Jamil berkata, penangguhan tersebut dibuat atas permintaan Rais Yatim.

"Beliau mahu jumlah penyertaan daripada 200 orang ditambah kepada 500 peserta termasuk penyertaan pelbagai kaum bagi memenuhi kehendak tema 1Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay di sini hari ini.

Menurut Yang Jamil, penangguhan itu juga kerana penganjur Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Sri Warisan Event Management ingin membuat percubaan mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records.

0 comments: