Lain yg SPA patut buat lain pulak yg dibuatnya, bongok betul

|

PAS mahu SPA utamakan kakitangan kontrak, Kerajaan bukan alat Umno
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mencadangkan agar pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memberi keutamaan kepada kakitangan kontrak bagi mengisi 50 ribu jawatan baru bagi tahun ini seperti yang diumumkan oleh Setiausahanya, Datuk Lamien Sawiyo semalam.

Sebelum ini PAS telah menerima banyak maklumbalas berhubung penamatan perkhidmatan kakitangan kontrak yang mula berkuatkuasa bulan ini. Dianggarkan lebih 60 ribu kakitangan kontrak akan diberhentikan bagi menyelaraskan dasar berjimat cermat kerajaan.

PAS melihat bahawa sebahagian besar kakitangan ini mempunyai kemampuan dan pengalaman yang melayakan mereka untuk meneruskan perkhidmatan sebagai kakitangan tetap dan ini adalah tanggungjawab SPA untuk memastikan negara tidak mengalami begitu banyak kerugian serta dapat membantu mereka.

Dalam masa yang sama, PAS berharap agar Kerajaan dapat meningkatkan intergriti kakitangannya bagi mengelakkan gejala rasuah yang dilakukan oleh pegawai SPRM baru-baru ini menular ke jabatan lain. PAS juga menyeru agar Ketua Setiausaha Negara meningkatkan kredibiliti organisasi kerajaan disemua peringkat dan tidak membiarkan jentera Kerajaan menjadi alat tunggangan Umno-BN seperti yang berlaku dalam kes siasatan terhadap 37 orang guru di Pulau Pinang akhir bulan lepas.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

SPA FC sertai Liga FAM

BARISAN pemain skuad SPA FC yang akan membuat penampilan sulung pada Liga FAM musim ini.

KELAB Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA FC) bakal memulakan cabaran dalam saingan Liga Divisyen Tiga Kebangsaan - Liga FAM 2010 - bertemu Ban Hoe Leong di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, Ahad ini, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo berkata, matlamat dan tujuan SPA FC menyertai Liga FAM adalah untuk menggalakkan warga SPA mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.

"Selain itu, penyertaan kelab ini adalah untuk mempromosikan SPA sebagai gerbang perkhidmatan awam di kalangan masyarakat," kata- nya selepas majlis memperkenalkan jersi pasukan SPA FC di ibu pejabat SPA di Putrajaya petang kelmarin.

Jelas Lamien, SPA FC mula bergiat aktif dengan menyertai Liga Divisyen 2 Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL) pada tahun 2005.

"Selepas itu pada 2007, SPA FC berjaya menaiki Liga Divisyen 1 PB- KL dan pada 2009, SPA FC telah me- nyertai pasukan elit di Kuala Lumpur dengan menyertai Liga Premier Kuala Lumpur.

"Antara kejayaan yang dicapai SPA FC termasuk muncul juara Pertandingan Bola Sepak anjuran Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) pada tahun 2008," ujar Lamien.

Saingan Liga FAM 2010 yang menampilkan lapan pasukan akan membuka tirai saingan pada Ahad ini dan akan berakhir pada 26 Mei depan.

Selain SPA FC, sebuah lagi pasukan baru dalam saingan kali ini ialah Sime Darby.

0 comments: