Jenaka anjing belaan dan UMNO

|

SOALAN: Adakah gambar seorang wanita berkemeja-T putih sedang bermain dengan Zul Nordin, Zahrain & Mohsin itu milik PKR?

PKR: Memang itu gambar saya dan ia telah diletakkan di laman blog sebelum saya kahwin lagi. Tak silap saya, bulan Mei tahun lepas. Tetapi itu Zul Nordin, Zahrain & Mohsin peliharaan UMNO, bukan PKR punya.

Gambar tersebut telah pun tersebar di Internet. Ada yang menganggap gambar itu agak sensitif dan PKR tidak patut bermain dengan Zul Nordin, Zahrain & Mohsin. Apakah pandangan PKR?

Gambar itu bukanlah satu isu yang besar. Bukannya berdosa pun bermain dengan Zul Nordin, Zahrain & Mohsin. Apa salahnya Zul Nordin, Zahrain & Mohsin itu mahu bermain dan gigit kita. Habis main, samak saja. Lagipun PKR seorang pencinta binatang. Dulu PKR pernah membela Zul Nordin, Zahrain & Mohsin. Tetapi saudara-mara saya tidak boleh terima lalu PKR memberi Zul Nordin, Zahrain & Mohsin itu kepada UMNO.

Adakah PKR kesal dengan penyebaran gambar itu?

PKR tak kisah pun. Cuma bila orang luar tengok, mereka mempunyai pelbagai persepsi baik atau buruk. Sekarang ini zaman moden, kita boleh samak. Tapi saya tak adalah sampai memberi Zul Nordin, Zahrain & Mohsin itu menjilat muka saya atau mandikannya. Masa saya bela Zul Nordin, Zahrain & Mohsin pun, saya hantar ke kedai untuk memandikannya.

0 comments: