Harga minyak akan naik! Ape hal pulak rakyat asing?

|

PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengesahkan tidak akan meneruskan cadangan mengadakan sistem subsidi minyak berperingkat yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Mei depan dan tiada kenaikan harga bahan api itu buat masa sekarang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

"Keputusan ini bermakna sistem petrol bersubsidi negara kekal seperti biasa dan rakyat asing di negara ini masih boleh membeli petrol dengan harga subsidi.

"Saya juga ingin nyatakan tidak ada kenaikan harga petrol setakat ini," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam. - KOSMO

Sebelum ini, kerajaan bercadang melaksanakan penggunaan MyKad sebagai mekanisme kepada sistem dua harga petrol untuk rakyat tempatan dan bukan warganegara mulai 1 Mei depan.

0 comments: