F1 belum start tapi F1 1Malaysia awal2 lagi dah lingkup

|

LONDON - Pemandu sensasi McLaren, Lewis Hamilton percaya pasukan Sauber dan Force India berpotensi untuk membuat kejutan pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Hamilton berkata, selain Ferrari, Red Bull dan Mercedes GP yang dianggap sebagai pesaing utama McLaren musim ini, pasukan Sauber dan Force India turut mempunyai keupayaan untuk memberi saingan sengit.

"Saya rasa, selain McLaren, terdapat beberapa pasukan yang amat kompetitif musim ini iaitu Ferrari, Red Bull, Merce- des, Sauber dan juga Force India," kata juara dunia 2008 itu.

"Bagi kategori pemandu pula, saya jangkakan saingan sengit daripada kedua-dua pemandu Ferrari, Felipe Massa dan Fernando Alonso.

"Dua pemandu Mercedes, Michael Schumacher dan Nico Rosberg serta dua pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dan Mark Webber juga harus diberi perhatian.

"Mereka merupakan pemandu hebat dengan jentera yang pantas. Disebabkan itu, sukar untuk menentukan siapa yang paling kompetitif tetapi buat masa ini, saya jangkakan Ferrari pasti kembali mencuri tumpuan."

Rakan sepasukan Hamilton, Jenson Button turut meramalkan beberapa pasu- kan kurang ternama mampu memberikan saingan sengit bagi merebut kedudukan podium musim ini.

"Terdapat lebih daripada empat pasu- kan yang mempunyai potensi menjadi juara," kata Button.

"Selain pasukan utama seperti McLaren, Ferrari, Mercedes dan Red Bull, kita juga mungkin akan menyaksikan kebangkitan pasukan Sauber, Force India dan juga Williams.

"Sudah pasti saingan musim ini lebih menarik dengan saingan yang lebih sengit."

Perlumbaan F1 musim 2010 akan membuka tirainya pada Grand Prix (GP) Bahrain, 14 Mac ini. - Agensi

0 comments: