Brahim Ali pernah tanya pasal judi, Ascot Sport la jawapan Menteri

|

18 OKTOBER 1988

LESEN OFF-COURSE BETTING

27. Tuan Haji Ibrahim bin Ali minta Menteri Kewangan menjelankan apakah kelulusan permit "off-course betting" selaras dengan dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dan butir-butir lengkap mengenai syarikat yang menjalankan urusniaga ini serta pemegang-pemegang sahamnya.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Sebelum lesen "off-course betting" ini dikeluarkan oleh Kerajaan, aktiviti pertaruhan "off-course betting" memang sudah ada. Orang-orang bukan Islam membuat pertaruhan di pusat-pusat "off-course betting". Dalam pada itu "bookie" haram berleluasa. Menurut pihak Polis aktiviti "bookie" haram ini dianggarkan berjumlah $5,000 juta setahun.

Dalam keadaan demikian maka Kerajaan telah mengeluarkan lesen "off-course betting" bagi mengurangkan kegiatan "bookie" haram di samping memperolehi hasil melalui cukai perjudian. Walau bagaimanapun, orang-orang Islam tidak dibenarkan untuk membuat pertaruhan "off-course betting". Oleh itu, pemberian lesen ini tidak bercanggah dengan dasar Penerapan Nilai-nilai Islam.

Syarikat yang telah diberikan permit menjalankan aktiviti "off-course betting" itu ialah Ascot Sport Sdn. Bhd. Mengenai butir-butir lengkap berhubung dengan syarikat itu, syarikat Ascot Sdn. Bhd. adalah syarikat milik persendirian dalam mana Kerajaan tidak memiliki apa-apa kepentingan. Oleh itu adalah tidak wajar bagi saya memberikan butir-butir lengkap mengenai syarikat. Ahli Yang Berhormat bolehlah mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarikat tersebut daripada Pendaftar Syarikat.

0 comments: